FUNDAMENTALIS DAN EKSTREMIS
Fundamentalis dan Ekstremis
Pendahuluan
:
Fundamentalisme ialah suatu gerakan
Kristian bermazhab Protestant yang bertujuan menentang arus fahaman evolusi
yang dibawa oleh Darwin dan rakan-rakannya yang mengingkari kebenaran agama dan
kewujudan Allah swt.
Ekstremisme ialah mengambil suatu
langkah secara melulu, terburu-buru dan melampaui batas serta mendadak yang
mana semuanya adalah terang-terangan bertentangan dengan ajaran-ajaran Islam.
Ia juga membawa maksud pembawaan mereka yang membuat sesuatu kerana mengejar
nama atau supaya kepentingan dirinya tidak terluput dengan sebab ditakuti
ketibaan ajalnya dengan mengejut atau terjadi sesuatu perkara yang di luar
dugaan.
6 Petanda Bagi Sifat Melampau (Ekstremisme) Dalam Agama
1. Taasub (Keras Kepala) Kepada
Pendapat Sendiri
Kedegilan seseorang atau taasubnya
seolah-olah dia sahajalah yang hidup manakala orang lain dianggapnya sebagai
tiada, yg beerti ia adalah berfikiran
beku (jumud) dan sikap bekunya ini tidak membukakan matanya untuk melihat
kepentingan-kepentingan majmuk atau sasaran
agama atau keadaan-keadaan semasa di samping tidak memberi peluang
langsung untuk orang lain mengemukakan pendapat dalam dialog yang dapat
menimbangkan pendapat-pendapat dari kedua belah pihak untuk menyaring satu-satu
pendapat yang nyata kuat hujah dan buktinya.
2.
Berpegang kemas dengan yang sukar dan
yang berat
Berpegang kuat dengan yang sukar dan
berat tidak mahu berganjak sedikitpun padahal terang-terangan terdapat
faktor-faktor yang mewajibkan kelonggaran, sambil memaksa orang lain pula
mengikuti jejaknya sedangkan Allah swt sendiri tidak mewajibkan ke atas
mengambil pakai qaul yang keras dan berat dalam satu-satu masalah agama
didorong perasaan warak dan langkat ihtiat (langkah bercermat).
Sabda Rasulullah saw :
يسروا ولا تعسروا وبشروا ولا تنفروا
: Mudahkanlah dan jangan kamu
memayahkan, gembirakanlah dan jangan kamu meliarkan.
Namun
begitu boleh juga diterima sikap seseorang yang memberatkan dirinya sendiri
dalam soal-soal agama dengan hanya mengamalkan azaim yakni fadhu pada asalnya
tanpa mengamalkan kelonggaran-kelonggaran yang dibenarkan (rukhsah) asalkan
tidak memaksa orang ramai mengikutinya, tanpa menghiraukan bahawa tindakannya
itu mendatangkan kesukaran kepada mereka dalam soal-soal agama dan duniawi mereka.
Sedangkan sifat yang menjadi amalan baginda Saw menghalalkan benda-benda yang
baik dan mengharamkan benda-benda yang tidak baik dan meringankan beban-beban
dan merungkai belenggu yang dahulunya mengikat mereka.
3.
Bertindak Keras Bukan Pada Tempatnya
Berkeras kepala bukan pada tempatnya
dan tidak kena pada masanya seperti bukan dalam negeri yang dianggap sebagai
negeri Islam atau wilayah di mana Islam mempunyai sepenuhnya kedaulatan atau
dilakukan terhadap sesuatu golongan yang baharu sahaja memeluk Islam atau
baharu bertaubat. Seharusnya berlembut dan longgar dalam keadaan furu’ . Apa
yang mesti dipentingkan ialah perkara-perkara prinsip.
4.
Kekerasan Dan Kekasaran
Melahirkan kekerasan dalam berkira-bicara, menggunakan cara-cara yang kasar dalam berdakwah bertentangan petunjuk Allah dan tunjuk ajar Baginda SAW. Kekasaran dan kekerasan dibenarkan dalam 2 tempat:
i)
ketika ditengah-tengah pertempuran perang dan menentang
musuh kerena menjadi suatu hukum militari yang berjaya bertindak keras dengan
musuh sehingga masa tamat perang dan
kedamaian wujud. Firman Allah:
قاتلوا الذين يلونكم من الكفار وليجدوا فيكم غلظة
maksudnya: perangilah mereka yang sekitar kamu dari
orang-orang kafir dan hendaklah mereka rasa kekasaran dari tindakan kamu.
ii)
Dalam melaksanakan hukum had yang ditetapkan oleh syarak ke
atas mereka yang terbukti kesalahannya kerana tidak ada tempat bagi perasaan
belas kasihan dalam menjalankan hukum-hukum Allah di bumi. Firman Allah:
ولا تأخذكم بهما رأفة فى دين الله ان كنتم تؤمنون
بالله واليوم الأخر
maksudnya:
dan janganlah kamu merasa belas kasihan pada agama Allah kalau sebenar kamu
beriman kepada Allah dan hari akhirat.
5.
Jahat Sangka Terhadap Manusia
Antara ciri-ciri lain ekstremis ialah bejahat sangka kepada
orang lain
dan
memandang kepada mereka dengan kaca mata hitam. Kebaikan-kebaikan mereka
dipendapkan dan keburukan-keburukan mereka diperbesarkan. Firman Allah:
يأيهالذين ءامنوا اجتنبوا كثيرا من الظن ان بعض الظن اثم
maksudnya: Wahai orang-orang beriman jauhilah kamu
daripada banyak sangkaan sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.
Seseorang Islam yang sebenar tidak
sekali-kali terpedaya dengan amalannya. Dia amat bimbang amalan-amalannya rosak
dan hampa dengan sebab tutur katanya dan amalan buruknya yang menghapuskan
pahala amal solehnya. Firman Allah:
والذين يؤتون ما أتاو وقلوبهم وجلة أنهم الى ربهم راجعون
maksudnya: dan orang-orang yang
memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang takut kerana mereka
tahu bahawa sesungguhnya mereka akan kembali kepada Tuhan mereka.
6.
Jatuhnya ke dalam Gaung Kafir
–Mengkafir
Sifat ekstremis akan sampai kepada had
penghabisannya apabila dia berani tuduh orang lain kafir yang beerti darah dan
harta bendanya halal dicerobohi dan tidak memndang bahawa baginya pembelaan dan
kehormatan yang dibenarkan dalam Islam.
Hal yang demikian merupakan kemuncak bagi sifat melampau atau ekstrimis
atau fanatik iaitu telah memisahkan satu golongan orang-orang Islam dari
saudara-saudara mereka muslim yang lain.
Hal ini perndah berlaku kepada
golongan Khawarij dalam sejarah islam dahulu. Mereka kuat beribadah, berpuasa,
solat malam dan membaca al-Quran tetapi mereka telah ditimpa kerosakan
pemikiran sedangkan pusat batin mereka terserlah dengan cahaya.
Yusof Al-Qaradhawi
Rujukan:
Ekstrisme Agama Yayasan Islam Terengganu
hasnan
BalasHapusKomentar ini telah dihapus oleh pengarang.
Hapus